HALO TELCO COD BANGI KAJANG PM 0125586734

DEALER SIMKAD HALO TELCO DI BANGI DAN KAJANG. PM 0125586734

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau memper-tikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan.
Tokoh sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (gambar) berkata, kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi.
"Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka

dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka meng iktiraf kerajaan tersebut.
"Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mem punyai hak khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja. Oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu," katanya di sini semalam.
Beliau berkata, orang bukan Melayu di Se-

menanjung pada ketika itu bukanlah warga ne gara ataupun rakyat raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948.
"Apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah ne gara bangsa, apa yang sudah wujud disambung, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Perseku tuan digubal dan dimasukkan perkara-perkara yang sudah wujud," katanya. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

Bedak Tanah Liat

Penawar Sakit Asma

About this blog

Pengikut

linker